Wednesday, February 2, 2011

Lunch Bag # 01


Projek pagi ini menyiapkan sebuah 'lunch bag' dengan menggunakan gabungan cotton 'scrap bag' yang dibeli dari http://mybotangshoppe.blogspot.com dan juga kain cotton yang sediada.

Bahagian luar menggunakan teknik tampalan gabungan fabrik dari MyBotangShoppe manakala bahagian dalam serta pemegangnya menggunakan kain cotton berbunga2 kecil berukuran 1/2 meter.

Dengan ukuran yang siap dijahit ini (Tinggi 11", Lebar 13" dan pemegang tinggi +/- 5")  dapat memuatkan sebanyak 3 biji bekas makanan  +/- 8" x 3".  

Hmm boleh lah hantarkan 'home cooked lunch' kat hubby di pejabat sekali-sekala ....