Sunday, February 13, 2011

Clutch # 01

My over the weekend project.

I've created this simple clutch aka cosmetic purse using the blue pink fabric balance (Posey Vine In Blue, Arianna by Jennifer Young) bought ealier from Zura of http://www.crazyartzone.com.  

As finishing I've added a small bow plus handmade button with rose embroidery on it.

Measurement:  9" x 5" 

RM35.00 (including POSLAJU)
SOLD OUT!


Thursday, February 10, 2011

Bonda Tercinta

Beg ke 2 yang siap dijahit hari ini, menggunakan fabrik dari koleksi "Bubble Burst in Confection, Innocent Crush, AnnaMH"   yang dibeli dari Zura @ http://www.crazyartzone.com.

Menggunakan alas dari Japanese Cotton polos, cotton handle n cotton lace  dan jahitkan sikit sulam kat penyangkut butang.




Wallet # 01

Hari ini mencuba membuat wallet pulak .... kebetulan 'cotton batting' dah habis, tak boleh lah menyiapkan dua lagi 'tote' beg untuk bonda tercinta.

Cuba membuat dompet kecil ini, menggunakan kain linen yang ada, remeh jugak kerjanya .... memotong, mengosok 'stabilizer' atas linen, menjahit 'slot' untuk dijahit atas dompet, dan yang terakhir, membuat 'bias tape' untuk hiasan dompet ini.

Perlu mencuba lagi di lain masa agar lebih kemas ....... kali ni mungkin dapat siapkan cepat sebab dah siap buat pola aka template untuk saiz dompet ini. 

Ukuran dompet yang siap dijahit @ 5" x 3.5" (apabila dilipat dua).

Wallet ini sudah menjadi milik Shafiqah ... harap2 Shafiqah suka ya.






Tuesday, February 8, 2011

Bonda Tercinta

Hmmm minggu ni saja lagi boleh buat aktiviti jahit-menjahit, minggu depan akan mula membuat 'Roll Lapis Sarawak' pulak bagi memenuhi permintaan tempahan dari Kuantan @ 30 rolls semuanya.

Mengabungkan dua jenis 'designer fabric' berikut:-
Posey Vine In Blue, Arianna by Jennifer Young &  Bubble Burst in Confection, Innocent Crush, AnnaMH yang dibeli dari Zura @http://www.lovemelots.crazyartzone.com dan juga Japanese Thick Linen  Lace Zipper, both linen & zipper bought from May @ http://maymayshop.blogspot.com





Cosmetic Purse # 01

Beg ini dijahit +/- 2 jam dah siap.  Berukuran 9" x 7".

Patchwork & embroidery case .... can be used as comestic bag, buat isi ubat2 atau apa2 je.

Dijahit untuk 'Chu Ni', boleh la dia bawa beg ini 'round Malaysia' waktu jelajah boling padang sepanjang tahun ini.

 

Monday, February 7, 2011

Senikra @ HP Wristlet

Nak promo HP Wristlet yang dibuat dari kain cotton & juga linen.  Menggunakan cotton batting di antara bahagian hadapan / lining.

SOLD OUT


Tote # 02

Beg ini pulak dapat disiapkan sambil-sambil menonton sinetron Cahaya petang tadi juga. 

Nak hadiahkan buat makcik kat kampong .... dia suka warna2 terang...harap2 dia suka dengan beg ini.

Menggunakan fabrik cotton yang sediada tetapi kali ini mengolahkan dengan tambahan warna kuning polos bagi memberikan sedikit 'contrast effect' kat beg ini.  Juga tidak ketinggalan 'cotton batting 140gm' untuk memberi bentuk beg ini.  Tambahan aksesori butang kayu + butang yang dijahit sedikit sulam tangan atas kain linen berwarna merah.




Reversible Tote # 01

Sambil-sambil teman ibu menonton sinetron 'Sejuta Cinta Marshanda' petang tadi, sempat menyiapkan sebuah 'reversible tote' buat puteri sulong di rumah.   

Menggunakan lebihan kain yang sediada di rumah, bagi memastikan beg terletak, saya lapitkan dengan 'cotton stabilizer' untuk bahagian kain bercorak.
Bolehlah nanti dia masukkan novel / handphone / wallet, menambahkan lagi koleksi beg tangannya.


Sunday, February 6, 2011

Reversible Apron

Another patchwork project today.  A reversible apron, to make this apron, I used 0.75 mtr of Cotton fabric and scrap fabrics measuring 10cm x 10cm (32 pcs of 6 different designs, it's actually upto you on this mix-n-match fabric) and to give highlight to this apron, I used Checked Cotton Bias bought from http://suffystudio.blogspot.com on the edges of apron & the pockets.



Saturday, February 5, 2011

Lunch Bag # 02

Projek menjahit lagi hari ini.
Special request from my lovely daughter ... blue theme as always.  Senang katanya nanti ibu nak hantar 'homebaked food' ke asrama waktu hujung minggu.

Masih menggunakan teknik 'lunch bag' yang sama cuma kali ini mengadunkan warna mengikut 'favourite colour' Yaya i.e biru, kebetulan ada lagi saki-baki kain2 yang masih boleh digunakan.  

Menjahit simple zig-zag atas setiap tambahan dan menambah jahitan zig-zag yang rapat-rapat untuk bahagian atas untuk serikan lagi 'lunch bag' ini.

Friday, February 4, 2011

Tote # 01

Akhirnya siap juga sebuah lagi "Large tote" menggunakan "designer fabric Vera Bradley Bali Blue" yang dibeli dari  http://kainohkain.blogspot.com

Finished measurement @13" x 16".  Mengabungkan kain bercorak biru dan tambahan kain corduroy warna coklat keemasan yang dibeli di Kamdar.


Wednesday, February 2, 2011

Lunch Bag # 01


Projek pagi ini menyiapkan sebuah 'lunch bag' dengan menggunakan gabungan cotton 'scrap bag' yang dibeli dari http://mybotangshoppe.blogspot.com dan juga kain cotton yang sediada.

Bahagian luar menggunakan teknik tampalan gabungan fabrik dari MyBotangShoppe manakala bahagian dalam serta pemegangnya menggunakan kain cotton berbunga2 kecil berukuran 1/2 meter.

Dengan ukuran yang siap dijahit ini (Tinggi 11", Lebar 13" dan pemegang tinggi +/- 5")  dapat memuatkan sebanyak 3 biji bekas makanan  +/- 8" x 3".  

Hmm boleh lah hantarkan 'home cooked lunch' kat hubby di pejabat sekali-sekala ....






Tuesday, February 1, 2011

Giveaway Winner # 01 @ d'amani cottontherapy contest

Alhamdulillah, cubaan pertama ambil bahagian dalam d'amani cottontherapy contest rupa-rupanya menyebelahi saya.  Tak sangka pula terpilih sebagai salah seorang pemenang  menerima "giveaway" dari d'amani cottontherapy.  Terima kasih.

http://damanicottontherapy.blogspot.com/2011/01/giveaway-1-winners.html

Seronoknya bila menerima 'giveaway' dari d'amani cottontherapy ... set DIY Little Wallet by Valori Wells, fabric tercorak 'Pinocchio'.   

Berikut hasil jahitan menggunakan fabrik yang diterima dengan olahan warna2 yang ada serta tambahan butang yang saya buat sulaman kecil diatas fabrik linen menggunakan set DIY Button yang sediada di rumah dan  wahlaaaa..... inilah rupanya 'Little Wallet' yang dah siap.






Thursday, December 16, 2010

Senikra - Puffy Pouch - 2nd trial

Alhamdulillah akhirnya selepas percubaan kali kedua membuat puffy pouch ini, kemas jadinya.

Bolehlah nanti diisi duit / handphone didalamnya.  Kali ini, saiz yang dibuat besar dari ukuran 1st trial.

Finish measurement:  4.25" flex frame (top), 4.5" x 6" (puffy pouch size)
Fabric used:  Medium Weight Linen (Plain) and Japanese Cotton (Polkadot)
Time taken to complete one pouch: 1.5 hrs



Wednesday, December 15, 2010

Senikra - Puffy Pouch

Hari ini buat pertama kali mencuba menjahit 'puffy pouch' dengan 'flex frame'.  Masih tak kemas lagi rasanya hasil pouch ini, insyallah kena mencuba lagi sehingga terbentuk cantik.

Menggunakan kain 'cotton' berbunga dan juga kotak-kotak.

Tuesday, December 14, 2010

Senikra - Coin Purse

Mini coin purses for my daughter, Ain gift away for 'kawan-kawan' kat SMAP Kajang.  Alhamdulillah siap dijahit petang ini.

Esok nak hantar ke SMAP Kajang coz this coming Thursday, hari terakhir kat sekolah i.e selesai SPM.








Monday, December 13, 2010

Senikra - Pincushion

Embroidery pincushion using red fabric bought from http://mybotangshoppe.blogspot.com.  

A thank you gift actually.

Simple pillow pincushion with thread embroidery and button (pink polka dot fabric from mybotang too)


Senikra - Coin Purse

Small Coin purse using scrap fabric bought from Japan @  http://mybotangshoppe.blogspot.com 

Using frame size 6.5cm and handsewn the fabric on frame.  These are some of the purses I handsewn for my lovely daughter, yearend giveaway to her closests friends.